Akaun ckrais.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
TANDA AWAL KEGAGALAN B.PINGGANG/ GINJAL YANG RAMAI TAK TAHU

Setiap tahun dianggarkan lebih kurang 6000 kes baru  di kalangan golongan berumur 40 ke 60 tahun dan ini menunjukkan peningkatan 25 peratus



7 MAKANAN BAIK UNTUK KESIHATAN B.PINGGANG

Buah epal

Pesakit buah pinggang

Buah epal diperkaya dengan serat yang tinggi, ejen anti-radang, mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, mengelak dari masalah sembelit, epal juga dapat melindungi anda daripada penyakit jantung serta menjauhkan anda daripada risiko mendapat kanser. Buah epal boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan bahan dalam apa-apa masakan.

Adalah lebih baik jika anda mengamalkan cuka epal untuk meningkatkan manfaatnya terhadap kesihatan tubuh badan. Ia juga sesuai dijadikan sajian dalam menu diet untuk pesakit buah pinggang. Ada pepatah inggeris menyebut, “An apple a day keeps the doktor away”. Ia bermaksud anda hanya perlu mengambil epal dan anda takperlu berjumpa doktor untuk merawat penyakit, anda perlu mencegah penyakit itu lebih baik daripada terpaksa bergantung kepada ubat untuk tempoh masa yang lama.

Ia mudah didapati sama ada pasar biasa atau pasar raya. Sebiji epal bersaiz sederhana mengandungi kadar nutrisi yang pelbagai, terdiri daripada 0 natrium, 158 mg kalium, 10 mg fosforus. Untuk pengetahuan anda, khasiat epal akan lebih berguna dan bermanfaat kepada kesihatan jika dimakan sekali dengan kulitnya. Jadi, anda perlu membasuh bersih epal tersebut dan mengunyah begitu sahaja.

Blueberry

Pesakit buah pinggang

Bluberry sememangnya sukar diperolehi dan kerana itu harganya akan tinggi. Ia sering dijual hanya di pasar raya besar sahaja. Buah ini mempunyai pelbagai kebaikan kepada pesakit buah pinggang dan juga ibu mengandung.

½ cawan blueberry segar diperkaya dengan 4mg sodium, 65mg kalium, 7mg fosforus serta blueberry mempunyai kadar yang tinggi dalam phytonutrients antioksidan yang dipanggil anthocyanidins menjadikan ia berwarna kebiruan dengan sebatian semula jadi yang mengurangkan keradangan.

Ia juga baik untuk melawan serangan kanser perut dan diperkayakan dengan sumber vitamin C dan serat yang baik serta sebatian mangan yang menjadikan tulang semakin sihat. Anda boleh tambahkan blueberry bersama bijirin sebagai sarapan pagi dan boleh dijadikan minuman smoothie atau sajian muffin berasaskan blueberry.

Anggur merah

Pesakit buah pinggang

Pewarna semula jadi yang ada pada anggur merah mempunyai manfaat yang banyak untuk jantung sekaligus menjadi ejen anti-oksidan yang baik dan meminimumkan potensi darah daripada membeku. Ejen flavonoid dalam buah ini ialah resveratrol dapat meningkatkan kadar oksida nitric. Ia sangat membantu dalam merehatkan otot dalam saluran darah supaya pengaliran menjadi lebih baik keseluruh tubuh badan.

Flavonoid juga membantu melindungi anda daripada kanser dan mencegah keradangan. Anda disarankan mengambil anggur dalam pemakanan sebagai snek atau minuman berjus.minum jus anggur. Selain itu, anda boleh menambahkan ia dalam sajian salad buah-buahan atau bersama ayam.

Untuk pengetahuan anda, dengan hanya mengambil ½ cawan anggur merah adalah bersamaan dengan 1mg natrium, 88mg kalium dan 4mg fosforus. Dapatkan anggur berkulit merah atau ungu, ini kerana kandungan anthocyanin adalah lebih tinggi. Untuk jadikan anggur lebih tahan lama, anda boleh bekukan dalam peti ais dan dimakan sebagai snek pada bila-bila masa.

Kobis bulat

Pesakit buah pinggang

½ cawan Kobis bulat adalah bersamaan dengan 6mg sodium, 60mg potassium dan 9mg phosphorus. Sayur ini mempunyai kandungan phytochemicals (fitokimia) yang berfungsi sebagai pelindung yang baik kepada makanan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Bahan kimia ini juga berpotensi dalam melindungi dan melambatkan perkembangan sel kanser dalam paru-paru, kolon, payudara, pundi kencing, prostat dan kanser ovari di samping meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kobis bulat juga diperkaya dengan kandungan Vitamin K, Vitamin C dan Fiber selain kaya dengan Vitamin B dan Asid Folik.

Kubis bulat murah dan mudah diperolehi kerana mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, kobis bulat juga mengandungi fitokimia sebagai sebatian kimia yang wujud dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja. Fitokimia ini berfungsi memecahkan radikal secara bebas dan dipercayai mampu memerangi kanser serta memelihara kesihatan kardiovaskular.

Kandungan vitamin dan nutrisi yang ada pada kobis juga sangat baik diamalkan oleh pesakit buah pinggang. Jika anda sedang menjalani diet dialisis, anda boleh mencampurkan kobis dalam sajian coleslaw atau takoyaki. Ia juga boleh dijadikan dengan cara merebus, mengukus atau membakar menggunakan ketuhar. Kemudian, kobis boleh juga dinikmati bersama mentega, keju dan lada, ia pasti lebih menyelerakan.

Kobis bunga

Pesakit buah pinggang

Sayuran lain yang baik untuk pesakit buah pinggang ialah kobis bunga. Kobis bunga merupakan cruciferous yang diperkaya dengan vitamin C, folat dan serat serta ia mempunyai sebatian yang mampu membantu hati meneutralkan bahan toksik. Selain itu, Kobis Bunga boleh dimakan mentah sebagai salad, dikukus atau direbus atau dilecek menjadi seperti kentang putar.

Kandungan bagi setiap ½ cawan kubis bunga bersamaan dengan 9mg sodium, 88mg kalium dan 20 mg fosforus. Ia juga diperkaya dengan indole, glucosinolates dan thiocyanates-sebatian yang mampu meneutralkan toksik dalam hati yang akan menyebabkan kerosakan pada sel membrane dan DNA dalam tubuh anda.

Lada benggala

Pesakit buah pinggang

Lada benggala adalah sayur yang baik untuk diamalkan oleh pesakit buah pinggang. ½ cawan lada benggala merah mengandungi kadar nutrisi bersamaan 1mg natrium, kalium 88mg, dan 10mg fosforus. Kandungan kalium dalam lada benggala merah adalah lebih rendah. Sayuran yang lazat ini juga merupakan sumber vitamin C dan vitamin A yang sangat baik, serta vitamin B6, asid folik & serat.

Lada benggala merah sangat baik untuk kita kerana ia mengandungi lycopene, antioksidan yang melindungi kanser tertentu. Lada benggala merah boleh dimakan begitu sahaja dan dijadikan sajian salad dan ia lebih menarik dijadikan bahan hiasan untuk nasi goreng atau apa jua masakan. Jika diet ini disediakan untuk pesakit buah pinggang, lada benggala mudah disediakan dengan menambahkan cili benggala merah dalam menu harian.

Makan begitu sahaja atau dipanggang, ia pasti akan lebih menyelerakan dengan mencampurkan dalam tuna, sandwich, salad ayam atau salad sayuran. Dalam membuat telur dadar, boleh mencampurkan dengan potongan lada benggala, ia akan menjadi ia dengan variasi warna yang menarik dan sangat enak. Ia juga boleh diletakan bersama kebab untuk dipanggang atau campurkan bersama daging kisar untuk rasa yang lebih lazat.

Putih telur

Pesakit buah pinggang

Putih telur mengandungi protein tulen dan protein tersebut berkualiti tinggi dan mempunyai semua asid amino yang penting. Selain itu, Putih telur mempunyai kurang fosforus daripada sumber protein lain, seperti kuning telur atau daging. Putih telur boleh dijadikan bahan utama dalam membuat omelets atau sandwic telur. Ia juga boleh ditambah bersama minuman smoothies.

Dalam 2 putih telur, ia mengandungi sekurangnya 7g protein, 110mg natrium, kalium 108mg, dan 10mg fosforus. Putih telur merupakan makanan yang baik untuk diet pesakit buah pinggang setiap hari, kadar protein yang kurang fosforus berbanding sumber protein lain seperti kuning telur atau daging. Badan kita memerlukan 8 jenis asid amino yang tak dapat dibuat sendiri.

Penjagaan dalam pemakanan amat penting dalam memastikan fungsi buah pinggang masih dalam keadaan baik. Selain dari itu, pelbagai kaedah dapat digunakan oleh pesakit buah pinggang untuk mencegah ia menjadi lebih parah. Antaranya ialah individu perlu menjalani pemeriksaan buah pinggang bagi mengenal pasti sama ada ia masih dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Anda perlu mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sekurang-kurangnya anda perlu minum air masak sebanyak 2 liter setiap hari dan lebih banyak adalah lebih baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang anda. Bagi individu yang mempunyai tabiat merokok yang teruk haruslah menghentikannya segera dan amalkan senaman yang sihat sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Amalan ini dapat mengekalkan berat badan yang ideal bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat dan mencegah penyakit yang serius. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan untuk mengelakkan kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan tubuh badan terutama sekali buah pinggang.



Poslaju

Bank in/ online transfer

COD
Barang sampai baru bayar 


PROMOSI HEBAT 2022

Anda bakal terlepas kerana mungkin STOK TERHAD. Penghantaran secara PERCUMA ini terhad, bakal ditutup jika anda tidak grab sekarang..
MASA TERHAD!


HARGA ASAL RM260 SEBOTOL TETAPI KINI PROMOSI SEHINGGA 


1 BOTOL RM209
(sebotol 100 biji)

2 BOTOL RM520 RM395
PAKEJ RAWATAN
(SET PALING LARIS)

3 BOTOL RM780 RM575  
PAKEJ TERAPI
(SET PROMO HEBAT)

5 BOTOL RM1300 RM950
PAKEJ KELUARGA

“ DISARANKAN UNTUK MENGAMBIL SEKURANG-KURANGNYA 2 BOTOL BAGI MENDAPATKAN KESAN YANG EFFEKTIF ”


CONTOH CARA ORDER

Nama Penuh : Muhamad ramli bin ngah

Alamat Penuh : No 666, Jalan akhir lorong 5/8, taman yakin ahmad, 43100 Sepang, Selangor (Sila isikan POSKOD)

Jumlah : 2 botol RM395 


UNTUK ORDER
SILA TEKAN BUTANG DIBAWAH


DAN ISIKAN MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN


SEKIRANYA SUSAH UNTUK ISI BORANG DI BAWAH CUMA KLIK LINK SAHAJA  BUTTON DI ATAS.

Disclaimer:

1. Your personal data will be used to process your order, support your experience throughout this website, and for other purpose described in our privacy policy and term of use

2. Individual results may vary, and testimonials are not claimed ti represent typical results.

3. "TIKTOK" is a Registered Trademark of Tiktok.com. The site https://ckrais.onpay.my/ is not affiliated with TikTok in any way, nor does they sponsor or approve any products.

4- All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners